6 Mac 2009, aku menerima panggilan
Terdengar perbualan aku dengan Pak Mail, Abang Azzahari, merangkap senior tempat kerja mengofferkan aku untuk ikut dia merawai esok. Uish!!! Betoi ka ni?? Betoi ka???? - memang betoi, Abang Azzahari pun berkata (ayat macam drama la aku buat..)
(Halim siap dah amik cuti 7hb, aku jumpak dia.. Pujuk dia untuk komplot berikutnya... Ajak ke kedai Nasi kandar... tapi bayar sendiri-sendiri, hehehe)
7 Mac 2009, aku bangun awal. Awal giler!!! Siap mandi, amik wudhuk, terus ke masjid. Aku perasan pakcik-pakcik masjid usyar aku pelik.. Heheheh, nampak sangat aku jarang ke masjid. Takper, janji kewajipan ditunaikan. Lepas semayang, aku singgah beli bekalan.. Tapau nasik lemak taruh atas sebungkus untuk sarapan, nasik lemak kuah asing untuk tengah hari... kuih-muih sikit... Singgah Petronas beli Nescafe, 100 Plus, Air Mineral, Rokok, Lighter.. Hahhaah beli macam nak pergi camping sebulan tanak balik jer aku neh.
Sampai ajer kat pengkalan di Jelutong, rupa-rupanya Abang Azzahari dengan anaknya baru je balik dari laut, diaorang dah keluar dari pukul 9 lebih semalam.. Maksudnya, diaorang akan turun one-shot terus ngan aku (kalau aku, mau pengsan tengah laut... Ngantuk tu..)
Orait, setelah semua dah ready, maka bermulalah episod baru aku.. Banyak belajar hari ni hah, aku ni tak pernah tengok orang merawai, jadi, sebelum sampai ke port memancing, Abang Azzahari dengan anak dia dah bersedia untuk labuhkan rawai. Aku pulak, dengan jakunnya tengok jerlah dan tanya macam-macam (yerlah, dah tak pernah tengok depan mata dan live). Lambat pulak aku rasa nak masukkan umpan dalam mata rawai... Memang takder bakat.
Okey.. Rawai pun dilabuhkan, semua dah amik port memancing. Ada juga orang yang naik atas pelantar tu walaupun papan tanda larangan dah ada.. Jadi, aku tak dapat bayangkan nanti kat OFB nanti lepas dah dikuatkuasakan.. Ada tak orang yang akan naik lagi ke OFB tu? Kita tunggu dan lihat jerlah kan.. Nampaknya port ni tak beberapa menyebelahi kami, ubah port.. ubah port.. ubah port dan seterusnya ubah ke port terakhir di area berbatu. Kat sini Kerapu mula menggila makan umpan. Tentu ramai jugak yang bertanya, besar-besar ni jer ka kerapu kat Penang? Jadi jawapan aku yang dok mengail kat sini.. Yerlah kot, aku pun tak pernah tengok lagi kerapu besar atau lebih sesuai dipanggil kertang dinaikkan. Lagipun, area ni sempit, kalau nak kertang sebesar
Mancing-punya pancing, kali ni paling banyak aku asyik amik gambar. Hehehe, dah balance dah dalam bot sekarang, alhamdulillah. Sampailah handphone aku.. PLUP!!! Jatuh dalam air da!!!!! Tapi jatuh dalam-air-dalam-bot lah, sempat diselamatkan, sempat di lap, dan berfungsi dengan sempurna on the spot. kalau pakai Nokia, confirm on the spot padam terus.
Penjelasan kenapa aku banyak amik gambar senang jer.. Ikan tu malu kot ngan aku hari ni, sampai sekor pun tak berjaya dinaikkan. Jadi, oleh kerana ikan tanak makan umpan aku.. Takper, baik aku yang makan nasik tapau pagi tadi. Amin... Terima kasih banyak-banyak kat Abang Azzahari. Duit minyak ngan sewa pun dia tanak, dahla aku naik buta aja.. Ikan pun sekarung dia bagi kat aku.. Alahai..
Aku kena mandi bunga nampaknya neh... Biar badan harum, ikan pun suka datang..
No comments:
Post a Comment