Monday, December 29, 2008

Mainan Baru Lagi!!!!

Kali ni, aku sikit terharu sikit. Bukan sebab apa.... Plano Lure Set Box ni, aku dapat dari ayah aku sendiri. Dulu, ayah aku cukup pantang kalau aku pinjam barang-barang dia. Tiap kali memancing, jenuhla aku lap rod ngan reel tu dekat sejam lebih.

Sekarang ni, bila dia tengok koleksi aku yang boleh tahan la.... Dengan tangkapan pun yang boleh tahanla.... Dengan tiba-tiba aja dia tanya.. "Hang nak tak box tu, kalau nak ambik la"

Aisehman, tanpa berfikir dua kali, terus aku rembat la! Kalau nak beli box set ni, dekat RM200.00 jugak yang bakal melayang, bukannya murah. Dia cakap, box ni pun dok terperam aja dalam stor. Segan katanya dia nak bawak memancing, nampak gerun sangat!

Apa-apa pun, terima kasih banyak-banyak ayah. Mueheheheh...

Friday, December 26, 2008

Kumpau Di Batu Ferringghi

Tiada yang lebih memenatkan apabila memancing selain satu hal ni:
K.U.M.P.A.U. = TAK ADA IKAN

Tapi malam tu (24 Disember 2008) sampailah pagi esok, aku sempat merapu dengan video yang aku rakam.
FYI,kami memancing selepas tengok show Wings @ Pesta Penang 2008 (kerja gila kan?)
Hahahaha, belasah!!



Wednesday, December 24, 2008

Kumpau Terjah Haruan

Sessi kumpau aku di belakang rumah aja.
Niat hati nak casting haruan pagi ni, tapi apakan daya... habuk pun takder



Saturday, December 20, 2008

Barang Baru Untuk Tahun Baru

Aku balik keja jer, terus aku ker TCE Tackles cawangan Butterworth semata-mata nak amik Platinum Card free untuk diskaun barang-barang TCE (boleh la dapat 5% diskaun dan bonus point).

Tapi aku ni gatal... Masuk kedai jer, mesti ada barang nak sambar.. Dan hasilnya, aku sambar spinning reel Banax Takyon 800 (China Made, 7 ball bearings system) dan rod Lemax 'The King' sepanjang 6 kaki medium-heavy action.

Sekali harung, aku amik Strike Pro casting series red-head sinking depth 1', saja jer nak try ikan tipu berbelit-belit ni. Hahahaha. lepas amik semua barang-barang ni, ada la dapat voucer RM10.00 sebab TCE kan tengah buat promosi end-year sekarang ni.

Gambar menceritakan segala-galanya....


Ni la first time aku angkut reel yang lain daripada 4000 series. Harap-harap ok jerlah. Lemax punya rod pulak, pertama kalinya aku amik rod selain daripada 7 kaki, semata-mata nak bawak naik atas bot untuk memancing. harganya boleh buat aku pecah peluh dahi jugakla.. Tapi aku pejamkan aja mata, janji belasah!!!

Monday, December 8, 2008

Trip Memancing Perairan Pulau Pinang


Buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku berpeluang untuk memancing di sekitar perairan negeri tumpah darahku sendiri; Pulau Pinang. Dengan terujanya, izinkan aku bercerita...

Selepas Solat Subuh, aku pick-up Halim seperti biasa, terus ke Medan Selera Seagate (kami sarapan dulu di Medan Suri, Sungai Nibong). Untuk makluman, trip kali ini, kami ikut Pak Mail (pemilik Ismail Ikan Bakar di Medan Selera Seagate tu). Dengan kos RM60.00 satu kepala, kami mula bertolak ke perairan antara Jelutong dan Penang Port. Yang bestnya Pak Mail ni, ilmu tak kedekut dan umpan udang hidup disediakan sekali.

Punyalah malang nasib aku hari ni sebab pertama kali aku terlupa bawak Tackle Box aku. Dah la semua mata kail aku ada dalam tu... Apa lagi, buat muka tak malu la mengemis mata kail kat orang... Nasib baik batu ladung aku bawa satu bekas. Hahahhaah...

Kami start memancing bottom dia area boya (aku taktau ler korang panggil apa menatang ni) di depan Penang Port. Lepas tu main bot hanyut, terasa gak penangan kerapu kecik menyambar umpan. Aku jer dari awal sampai abis pakai rod. Yang lain semua pakai koyan (dalam bahasa orang putihnya, Hand Line). Feel memancing kena ada beb!!! Hehehehe, tapi serius, pakai koyan lagi senang rasa ikan.... Next trip, memang aku bawak koyan jerlah!!!! Gambar bawah ni sedikit info ringkas area kami pusing bot tu.

anggap jer ni peta terrorist untuk memburu kerapu dan jenahak


Pak Mail offer kalau-kalau kami nak jual ikan tu... Tapi biasalah, hasil pertama.... Bawak balik semua!!!!!
Gambar-Gambar kat bawah ni.... yang sempat ambik la... Lain-lain tu tak sempat ambil sebab hari ni memang Fish Frenzy abes.... All Out ikan menyambar! Puas hati!!!!!

semua pakai koyan, tak aci la wei....


Pak Mail ni pulak (gambar bawah ni), jenis tekong yang peramah dan bila dia tengok kami tak dapat ikan, dia akan ubah port... Hasilnya, aku ngan Halim dapat la dalam 28 ekor Kerapu Lenga, dan beberapa ekor ikan tanda.

amacam view, ok tak?


Memang berbaloi betul hari ni dan seterusnya menamatkan badi kumpau setelah 3 minggu kumpau berturut-turut.


ikan pun dah pandai possing





Sesiapa yang berminat untuk ikut Pak Mail, boleh dapatkan phone number dia dari aku. lepas tu, layan jerlah... hehehhehhe