Sunday, March 29, 2009

Upgrade Terbesar Telah Dilakukan



Bersempena dengan trip yang akan datang, telah tiba masanya satu perubahan besar-besar dilakukan oleh aku demi memenuhi spot komplot terbaru yang memerlukan peralatan yang lebih kasar dan berat.

Memandangkan semua peralatan aku buat masa sekarang cumalah sesuai untuk digunakan di sekitar persisir pantai dan perairan yang cetek, maka terpaksalah aku melaburkan sedikit hasil titik peluh aku untuk mendapatkan alatan perang yang lebih berkualiti daripada yang sedia ada. Tak sanggup dah berpatah arang berkerat rotan seperti kejadian patah rod yang dialami sendiri oleh aku dulu.




Damaged has been done!
  1. Ajiking Jig Spin JS 582
  2. Banax GT5000W
Dengan pembelian ini, bermulalah satu lagi ilmu hitam memancing yang akan dipelajari iaitu jigging!

Thursday, March 26, 2009

Jalan-Jalan Cuci Mata



Aku sempat pulak singgah ke kedai yang dah lama aku mencari. Zainxan Pro Fishing Center. Akhirnya hari ni, aku jumpa jugak kedai ni.



Niat aku satu jer, aku nak cari mesin Shimano. Tapi apakan daya, bila masuk jer kedai ni, semuanya Japan Made Shimano. Terkedu aku tengok harganya. Yerlah, Aku tanya Shimano Fireblood yang aku jangkakan dalam RM300-400 saja, tapi mak ai... sekali harganya RM1200+ la untuk series 4000.

Tapi dengan window shopping ni jugakla, menemukan aku dengan penemuan tak terduga; sebuah Jigging Rod Xpuyu PE-4 dengan harga RM85.00 saja. Yerlah, aku bukannya kaya sangat nak amik yang betul-betul branded. Cukupla sekadar yang boleh naikkan ikan, aku dah cukup berpuas hati.


Sekali dah berada di sini, aku terus buat trial registration untuk Persatuan Memancing Pulau Pinang (PMPP) untuk ahli biasa selama setahun. Kalau nampak macam best aktiviti PMPP setahun akan datang ni, mungkin aku tukar terus ke keahlian seumur hidup.

Monday, March 9, 2009

Pembalasan Si Pitung




Akhirnya, trip hari ni ketemu jua. Setelah puas bertengkar dengan mata air sebab mungkir janji cancel dating, tapi pergi memancing (hahahaha..), Hari ni, adalah hari orang-orang lelaki sahaja. Trip hari ni disertai oleh aku, Abang Rahman dan sponsorer kami iaitu Abang Azahari. Abang Rahman 1st time ikut trip ni manakala aku pula dengan satu tujuan... Repeat semula trip aku yang kumpau haritu.



Kami bertolak hampir pukul 10 pagi memandangkan air lambat pasang dan bot tersadai atas lumpur.. Jadi, sempatla perbetul apa-apa yang patut. Hari ni Abang Rahman berpeluang 'test power' barang barunya - Rod Shimano Bassterra dan reel Shimano Saragosa 8000FB. Aku pulak... dengan tamaknya membawa 3 rod kali ni semata-mata nak menebus kekecewaan haritu. Dengan wanginya, aku mandi pagi ni.. cuma tak ada bunga 7 jenis saja..



Nampaknya ikan tak banyak seperti trip aku yang lepas-lepas. Mungkinkah faktor pencemaran yang tinggi ataupun air yang berkeladak disebabkan aktiviti mengorek lumpur? Entahla, yang pasti, walaupun takda ikan, suatu kepuasan untuk aku melabuhkan pancing sambil isap rokok, pekena bihun, makan cucur, minum air isotonik, minum air mineral menenangkan otak yang berserabut kerana memikirkan macam-macam benda sampai aku botak.


Hari ni juga merupakan satu rekod peribadi untuk aku apabila memancing dalam hujan lebat dan keadaan laut yang bergelora. Apa yang boleh buat ialah bertawakkal dan mengucap siap-siap sahaja. Nasib baik life jacket bawak.. Yang pastinya, kalau hujan macam tu kat laut dalam, confirm ajak balik punyalah, tak kasi can..



Hari ni, semua orang berjaya menaikkan ikan. Dan sudah pastinya, rekod hari ni jatuh kat aku dengan seekor cucu jenahak sahaja. Hahahahaha, takpalah, rezeki ada juga di lain hari. Nasib engkaulah jenahak, kan dah kena buat ikan bakar cicah air asam...


Saturday, March 7, 2009

Mentari Merah Di Ufuk Timur



6 Mac 2009, aku menerima panggilan hangit daripada Pak Mail Ikan Bakar.. Enjin dia rosak, sangkut tali guni!!! Argh.... Kantoi la esok 7 haribulan dah set cantik punya komplot ni.... Terpaksa call kesemua ahli-ahli komplot berita yang menghangitkan mengecewakan ni..



Terdengar perbualan aku dengan Pak Mail, Abang Azzahari, merangkap senior tempat kerja mengofferkan aku untuk ikut dia merawai esok. Uish!!! Betoi ka ni?? Betoi ka???? - memang betoi, Abang Azzahari pun berkata (ayat macam drama la aku buat..)
(Halim siap dah amik cuti 7hb, aku jumpak dia.. Pujuk dia untuk komplot berikutnya... Ajak ke kedai Nasi kandar... tapi bayar sendiri-sendiri, hehehe)



7 Mac 2009, aku bangun awal. Awal giler!!! Siap mandi, amik wudhuk, terus ke masjid. Aku perasan pakcik-pakcik masjid usyar aku pelik.. Heheheh, nampak sangat aku jarang ke masjid. Takper, janji kewajipan ditunaikan. Lepas semayang, aku singgah beli bekalan.. Tapau nasik lemak taruh atas sebungkus untuk sarapan, nasik lemak kuah asing untuk tengah hari... kuih-muih sikit... Singgah Petronas beli Nescafe, 100 Plus, Air Mineral, Rokok, Lighter.. Hahhaah beli macam nak pergi camping sebulan tanak balik jer aku neh.



Sampai ajer kat pengkalan di Jelutong, rupa-rupanya Abang Azzahari dengan anaknya baru je balik dari laut, diaorang dah keluar dari pukul 9 lebih semalam.. Maksudnya, diaorang akan turun one-shot terus ngan aku (kalau aku, mau pengsan tengah laut... Ngantuk tu..)




Orait, setelah semua dah ready, maka bermulalah episod baru aku.. Banyak belajar hari ni hah, aku ni tak pernah tengok orang merawai, jadi, sebelum sampai ke port memancing, Abang Azzahari dengan anak dia dah bersedia untuk labuhkan rawai. Aku pulak, dengan jakunnya tengok jerlah dan tanya macam-macam (yerlah, dah tak pernah tengok depan mata dan live). Lambat pulak aku rasa nak masukkan umpan dalam mata rawai... Memang takder bakat.




Okey.. Rawai pun dilabuhkan, semua dah amik port memancing. Ada juga orang yang naik atas pelantar tu walaupun papan tanda larangan dah ada.. Jadi, aku tak dapat bayangkan nanti kat OFB nanti lepas dah dikuatkuasakan.. Ada tak orang yang akan naik lagi ke OFB tu? Kita tunggu dan lihat jerlah kan.. Nampaknya port ni tak beberapa menyebelahi kami, ubah port.. ubah port.. ubah port dan seterusnya ubah ke port terakhir di area berbatu. Kat sini Kerapu mula menggila makan umpan. Tentu ramai jugak yang bertanya, besar-besar ni jer ka kerapu kat Penang? Jadi jawapan aku yang dok mengail kat sini.. Yerlah kot, aku pun tak pernah tengok lagi kerapu besar atau lebih sesuai dipanggil kertang dinaikkan. Lagipun, area ni sempit, kalau nak kertang sebesar bapak budak tu, pergilah laut Penang yang dalam sikit. Lagipun selat Pulau Pinang ni, tak lah dalam sangat (tapi kalau terjun, lemas.. Sendiri mau ingat lah..)



Mancing-punya pancing, kali ni paling banyak aku asyik amik gambar. Hehehe, dah balance dah dalam bot sekarang, alhamdulillah. Sampailah handphone aku.. PLUP!!! Jatuh dalam air da!!!!! Tapi jatuh dalam-air-dalam-bot lah, sempat diselamatkan, sempat di lap, dan berfungsi dengan sempurna on the spot. kalau pakai Nokia, confirm on the spot padam terus.



Penjelasan kenapa aku banyak amik gambar senang jer.. Ikan tu malu kot ngan aku hari ni, sampai sekor pun tak berjaya dinaikkan. Jadi, oleh kerana ikan tanak makan umpan aku.. Takper, baik aku yang makan nasik tapau pagi tadi. Amin... Terima kasih banyak-banyak kat Abang Azzahari. Duit minyak ngan sewa pun dia tanak, dahla aku naik buta aja.. Ikan pun sekarung dia bagi kat aku.. Alahai..

Aku kena mandi bunga nampaknya neh... Biar badan harum, ikan pun suka datang..

Sunday, March 1, 2009

Kumpau Di Kuale



Seperti tajuk... Tengah2 malam buta, Sabtu malam Ahad, 7 Februari 2008 di Kuala Kangsar. Pertama kali berjumpa dengan Abang Sahir (Potocol @ Pancing.net)