Sunday, January 4, 2009

Memancing Di Perairan Penang Lagi



Hari ni, selepas solat Subuh, pukul 6.30 pagi aku bertolak untuk mengambil member sekerja aku, Abang Rahman. Segala persiapan yang aku buat semalam aku dah kemas elok-elok hari ni, aku tanak tertinggal lagi tackle box aku macam trip haritu!



Lepas amik dia, kami pergi breakfast di Medan Suri. Seperti biasa, nasi lemak dan Nescafe O Ais menjadi rutin wajib aku pagi-pagi kalau nak pergi mengail. Lupa nak cakap, untuk trip kali ni, aku amik Pak Mail lagi untuk membawa kami menghuru-harakan perairan Penang. Hehhehehe.

Selepas selesai nak makan, beli rokok, beli air dan terkucil, kami mula naik bot fiber Pak Mail pada lebih kurang la.... 8 pagi. Seperti biasa, orang kanan Pak Mail, Abang Li ada jugak. Sebab aku dah pernah naik ngan Pak Mail, kali ni aku tak kekok dah. Dan memandangkan aku sorang aja yang tak kawin lagi dalam trip kali ni, teruk jugak la aku kena perli. Hahahaha (sendiri pikey la kalau anda semua pemancing apa yang diperli). Pak Mail kali ni bagi option kat kami; samada nak mengail ikan kecik atau ikan besar. Sebenarnya, aku tak kisah kecik atau besar, janji masyukkkk. Abang Rahman pulak, mentang-mentang la baru beli Reel Banax 5000 series, terus cakap nak ikan besar, tapi tak kisah kalau ikan kecik. Huhuhuhuh, Abang Rahman, saya bawak reel 800 series jer nih!!!




Seperti biasa, tempat first sekali yang dibawak mestilah tempat nak amik umpan. Semestinya udang hidup adalah pilihan utama. Apek yang menjala udang ni, umur dah 73, tapi masih kuat mengangkat pukat. Aku yang menjala ni, baru 3 kali tebar, dah jadi karipap!! Dan benda yang aku risau dah muncul... Semua udang tahap besar, cukup untuk buat Mee Udang ataupun Udang yang boleh diletak dalam Megi Kari, alamakkkkk... Ada la udang kecik, tapi keciknya tak berapa elok macam 1st trip dulu tu. Ada dua tiga ikan belanak turut diambil. Dan hari ni, aku merasa betapa bestnya rasa bila terpegang ikan apa ntah.... (kecik jer ikan tu macam ikan Nemo), terus short jari tangan aku selama 5 minit. Nyut nyut nyut jer rasanya. Sekali lagi aku kena gelak ngan diaorang semua. Tapi, aku rasa macam nak suwey ja aku hari ni.

Tak jauh daripada situ, kami semua memulakan aktiviti utama. Abang Li adalah orang pertama menaikkan ikan duri saiz sederhana, dan aku adalah orang kedua menaikkan ikan duri saiz bagak, (suwey lagi) dan Abang Rahman menaikkan ikan-apa-nama-aku-pun-taktau.



Selepas tu, macam biasa teknik apung pun dijalankan, dan setelah semua asyik menaikkan ikan, aku ni masih tak dapat-dapat ikan!! Argh, takbley jadi ni, semua umpan aku kena rentap, mana boley.... namun, sabar memainkan peranan utama di sini. Dan akhirnya kesabaran itu berbaloi apabila aku berjaya mendaratkan Jenahak saiz bagak pertama (maksud aku, boleh tahanla..) dan seterusnya, saiz Jenahak tu adalah rekod peribadi aku untuk jenis jenahak, heheheheheheheh. Apa lagi, mula la MMS gambar Jenahak tu ke seluruh dunia untuk menghangatkan suasana. Harharharharhar!!!!!!



Selepas aku menaikkan Jenahak tu, semua pakat tukar umpan lebih besar (hehehehe, biasa la pemancing, kira compete ler nih...). Tapi rekod aku tak bertahan lama apabila Pak Mail berjaya menaikkan Jenahak ter'bagak' sekali hari ni, hanya dengan menggunakan koyan!! (hand-line aka helikopter)

Lebih kurang pukul 4, sekali lagi aku rasa sentapan yang lebih kurang sama macam stail Jenahak, dan macam biasa, ia akan menjunam ke bawah selepas strike. SANGKUT!!! Adoi!!!!! Aku taknak mengalah (sebab Jenahak yang memula aku penaik tadi pun sangkut ngan karang, tapi lepas tu loose dan boleh tarik balik), aku main drag, tarik, main drag, tarik, buntik kreuk kreuuuuuuuuuuuuuuuuuk jangan kata la... suspen abis... Semua kata dah sangkut, tapi aku kata tak! Sebab aku boleh rasa ikan tu menggelupur kat bawah dalam keadaan tersangkut. Aku dah mula risau dengan Banax Takyon 800 aku ni... Yerlah, reel paling kecik dan cikai dalam trip kali ni! Hampir 10 minit, aku dah pecah peluh dan kesudahan aksi aku ni ada di bawah!! Serius aku tak tipu.




Lepas tu, laut mula bergelora lebih hebat dari trip aku yang pertama dan awan dah mula hitam. Kami tukar port ke hadapan Pulau Jerjak. Di sini, Pak Mail berjaya menaikkan ikan Talang dan Abang Rahman menaikkan ikan Sembilang. Aku? Kumpau.... Semuanya ikan masuk universiti kat sini, pandai pulak dia kopek udang tu dari mata kail aku. Kat area ni jugak yang berjaya membuatkan main line aku tinggal nyawa-nyawa ikan aja dalam spool sebab tali putus tersangkut batu kat dasar.



Keseluruhannya, walaupun trip kali ni ikan tak sebanyak trip pertama, tapi masih berpuas hati memandangkan tangkapan kali ni agak besar dari kebiasaan. Mungkin pemancing hardcore anggap ini semua biasa, namun kalau dah gian, belasah ajerlah kan....

Ingat tak cerita aku memula tadi tentang ikan besar yang menyelinap bawah karang sampai 10 minit aku main drag tu? Ceritanya macam nilah....

dulu:
kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga
tetapi pemancing tegar cakap:
walau kail panjang sejengkal, lautan dalam tetap kuduga
pemancing gila pulak kata:

sejengkal ke, dua jengkal ke, mengail tu lain kali biar sampai patah rod!!!!!



alahai, rod baru jer beli.... waaaa!!!!~

3 comments:

bob marley said...

alamak cerita tak habis nih....ikan apa yang kau dapat suspen jer nih sampai patah rod kau tu....

speedrider said...

rahsia... hehehe

Anonymous said...

bro link ar kitaorg punya blog...tp kitaorg men persisir pantai ja...xlama lagi akan bjinak2 ke atas bot...apa pon chaiyok...http://criticalseachild.blogspot.com