Thursday, March 26, 2009

Jalan-Jalan Cuci Mata



Aku sempat pulak singgah ke kedai yang dah lama aku mencari. Zainxan Pro Fishing Center. Akhirnya hari ni, aku jumpa jugak kedai ni.



Niat aku satu jer, aku nak cari mesin Shimano. Tapi apakan daya, bila masuk jer kedai ni, semuanya Japan Made Shimano. Terkedu aku tengok harganya. Yerlah, Aku tanya Shimano Fireblood yang aku jangkakan dalam RM300-400 saja, tapi mak ai... sekali harganya RM1200+ la untuk series 4000.

Tapi dengan window shopping ni jugakla, menemukan aku dengan penemuan tak terduga; sebuah Jigging Rod Xpuyu PE-4 dengan harga RM85.00 saja. Yerlah, aku bukannya kaya sangat nak amik yang betul-betul branded. Cukupla sekadar yang boleh naikkan ikan, aku dah cukup berpuas hati.


Sekali dah berada di sini, aku terus buat trial registration untuk Persatuan Memancing Pulau Pinang (PMPP) untuk ahli biasa selama setahun. Kalau nampak macam best aktiviti PMPP setahun akan datang ni, mungkin aku tukar terus ke keahlian seumur hidup.

4 comments:

MIZLAN DARKARTCASTER said...

wooo...bestnya kedai pancing kt tmpt kau ni..mesti lengkap,kt tmpt aku harga n barang masih terhad..nt klu aku mai pulau pinang tolong jd guide aku ke kedai tu..nk borong gewang2

speedrider said...

hehe, insya-Allah

klerbox said...

bro klu kdai tu memang murah...gua selalu gak shopping kat situ....dulu selalu shopping kat hwa tat je tapi lani hwa tat suma banyak nett ja...tapi kna menyeberang la p sana heheheh

speedrider said...

Bukankah kedai ni dulu dikenali sebagai Hwa Tat jugak?

Sebenarnya bro, Hwa Tat kat bagan tu, walaupun nett price.... Regular customer, dia akan bagi discount. Macam aku tak dapat discount, tapi kalau aku pergi ngan ayah aku... dia dapat pulak discount. Bengkak hati aku.