Thursday, April 9, 2009

Satu Pengalaman Baru



Satu trip tergempar telahpun diaturkan pada hari Rabu, 8 April 2009. Dianggarkan masa untuk trip memancing ialah pada pukul 8.30 malam sehingga 11.00 malam. Serentak dengan itu, satu SMS tergempar telah dihantar kepada ahli-ahli PDOTNET iaitu sub-seksyen PTT untuk Forum Pancing.net.



Setelah menunggu agak lama, ingatkan cuma ada 'Janji Melayu' semata-mata. Akhirnya, penganjur trip pun datang. Ya, seorang pemancing berbangsa Cina, merangkap Penyelia 2 cawangan TCE Tackles di Taman Mewah dan Jalan Bagan Lallang, Butterworth. Namanya Ah Leng. Nama penuh dia aku taktau sebab yang tu jerlah yang aku dok panggil dia dari dulu. Menyembur jugak aku sembur dia sebab datang lambat, hahaha. Dan secara rasminya, inilah trip aku yang pertama dengan rakan pemancing berlainan bangsa.

Port yang dituju malam ni ialah di Penang Port. Kami naik bot di Pantai Bersih, Bagan Ajam kendalian tekong Jelani dan rakannya Samsudin. Nampaknya mereka asyik target siakap jer daripada riak perbualan yang aku dengar. Rig untuk malam ni mudah; cuma swiwel yang berat dan perambut dengan mata kail saiz 1. Ladung hidup kecil digunakan jika mahu. Sampai aja di port yang dituju, semuanya sibuk membaling umpan ke batu-batu yang mengunjur sepanjang Penang Port.

Sepanjang di sini, 3 kali strike aku dapat tapi semuanya putus ataupun tersangkut di celah-celah batu. Jam menunjukkan 11 malam, dan tekong mula mengalih bot di sepanjang titi yang menghubungkan Penang Port dengan loading area. Arus kat sini, masya-Allah, ladung size 6 dah jadi macam peluru terapung. Hehehehe. Berubah pula ke bahagian yang dalam sedikit di Penang Port. Abang Samsudin mula menaikkan ikan duri dan ketuka, Semuanya jadi milik aku sebab semua orang lain tanak. Aku dan Ah Leng masih setia menjadi bangau yang takder makanan.


Port diubah semula ke bahagian arus deras tadi. Dengan hanya menggunakan Banax Takyon 800 dan Rod Ajiking yang baru tu. Nampak sangat tak serasi. Yelah, rod PE4 dan Banax 800 series, nak serasi apanya... Tapi saja gatai tangan nak test. Dan aku menjadi pengail tunggal menaikkan 2 ekor pari di sini. Aku cakap kat Ah Leng...."2-0!!".

Berubah kembali ke tempat asal memula kami sampai. Kami mula menghabiskan umpan-umpan terakhir dan akhirnya, aku menaikkan kerapu sulung aku malam tu sambil menjerit kepada Ah Leng.. "Woi, dah 3-0!!! Hahahahah".

Jam menunjukkan pukul 3.15, dan aku pun hantar Ah Leng balik ke rumahnya sambil menyembur sekali lagi... Trip 2 jam apanya kalau plan 8.30-11.00 tapi dah jadi sampai pukul 4 pagi!!! Aku keja la esok!!!

5 comments:

Wann 9W2XW said...

Speed,,,hg link la yg xtremesports-wan tuh...yg selalu update...yg len tu xperiment jerk...hehehe...

speedrider said...

orait. akan diupdate di SPEEDRIDER NETWORKS

Fahiz said...

pemancing tegar ni..rabu mlm pun layan nie..tahniah atas tangkapan..

speedrider said...

ni bukan pemancing tegar ni bang Fahiz... ni KETEGAR namanya.. hahhaha. Hujan2 pun hentam...

deaf_angel said...

passionate eh korang hal2 mancing.