Komplot dirancang oleh aku pada tanggal 16 Ogos 2009, di sekitar perairan jambatan Pulau Pinag.
Komplot lepas gian dilakukan oleh Aku dan Halim. Memandangkan dah beberapa bulan kami tak memancing, sememangnya perasaan gian tu tak dapat dibendung lagi.
Seperti biasa, kami menumpang dengan Pak Mail. Cuma kali ni, tambah extra RM10.00 sebab udang takder, jadi Pak Mail tolong belikan. Kalau aku atau Halim beli, semuanya udang besar-besar. Layak masak dengan megi jer nanti
Seperti biasa jugak... Assistant Pak Mail, Abang Li yang aku ngan Halim gelarkan tok bomoh, mengungguli keseluruhan tangkapan. Entah berapa puluh ekor aku pun taktau la. Memang tangan betul-betul ong punya la ni.
Kalau nak dengan Pak Mail, selalunya ikan yang menjadi jackpot ialah Jenahak. Kerapu pulak, kalau dapat saiz bagak, memang berbaloi dengan keseluruhan trip
Biasanya, saiz-saiz macam ni adalah yang selalu dicari kerana nilainya yang tinggi di pasaran tempatan. Dan semestinya, kalau diamasak, memang mengancam punyalah.
Tapi kesilapan membawa rod, membuatkan aku terlepas banyak peluang. Gatal tangan nak pakai PE4 punya rod sapa suruh? Tapi macam biasa, Pak Mail akan offer rod dia untuk dipinjam. PE1-PE2 punya rod, memang best betul kalau layan kerapu saiz ni. Melentur rod... Kalau Jenahak, jenuh karau reel.
Semalam, buat pertama kalinya dalam hidup, aku menaikkan 5 ekor Kerapu Singa. Kata orang isinya manis. Tapi orang yang menangkapnya tu, lagi manis. Heheheh..
Ada user forum komplen dalam thread Pak Mail haritu, dia kata, kalau dekat2 tiang jambatan, kalau bot dah hampir kena dinding, dia tak puas hati Pak Mail suruh dia tolak sikit... Macam ni lah keadaannya, pandai-pandailah nak buat macam mana pun. Setakat nak tolong tolak tu, apa lah hal sangat.. Kalau spot tu memang bayek punya spot.
Tapi atas sebab-sebab yang aku sendiri tak tau... dia edit ayat dia tu.. Huhuhu.. Lantaklah. Pada aku, benda ni sama saja. Begitu juga dengan Tekong di Tuas Yan, kadang-kadang dia mintak tolong jugak pegang buluh tu sementara dia nak labuhkan sauh. Jadi, buatper nak berkira sangat hal-hal kecik macam ni...
Jenahak saiz hidangan sememangnya amat-amat dicari. Riuh rendah dalam bot kalau dapat strike ikan yang dijangka besar. Tapi pelahap betul ikan-ikan kat Penang ni. Kadang-kadang, udang besar dari mulut pun dia ngap. Ikan yang sempat di CnR adalah dalam 2-3 ekor. Tapi ada jugak yang tak sempat sebab size dia kecik sangat, tapi makan sampai masuk dalam perut.
Jackpot kelmarin jatuh kat tangan Halim. Seronok dia sebab yang tulah rekod peribadi dia setakat ni. Takpa Halim, nanti tunggu aku punya pulak.
Talang, walaupun tak beberapa sedap, tapi dia punya permainan tu yang best. Melompat-lompat di atas permukaan air memberikan kepuasan yang paling best kepada pemancing. Walaupun bukan Marlin atau Sailfish, lantakla... janji dia lompat. Aku peduli apa.
Keseluruhannya, tangkapan kali ni antara aku dan Halim, boleh tahan la.. Walaupun tak banyak, lepas jugak gian tu. Sama-sama sibuk dengan kerja, berbulan tak dapat turun memancing. Tapi kalau dah dapat ikan.. Rasa lega betul!
Terima kasih jugak aku dan Halim ucapkan pada Pak Mail dan Bang Li yang ajar banyak teknik baru, cara buat perambut baru dan lain-lain tips tentang rod dan reel kelmarin. Pada aku, semua pelajaran baru tu tak boleh disamakan dengan RM70.00 sebagai upah kelmarin. Bukan senang nak dapat ilmu-ilmu tu semua. Dan ramai jugak pemancing yang aku jumpa... Bila dapat ikan banyak tak komplen, tapi kalau dapat ikan sikit.. komplen... har har harrr... Manusia oh manusia.
Sebelum iklan Yusoff Taiyyob berleluasa minggu depan. Trip ni lah trip lepas gian kami yang terakhr sebelum berpuasa. Aktiviti akan disambung semula selepas Hari Raya, insya-Allah. Jadi, janganlah marah sangat bang, kalau takder rezeki. Tambahan kita sebagai umat Islam, salah satu rukunnya Percaya kepada Qada dan Qadar. Kalau ada ikan, adalah.. Kalau takder.. terima sajalah...
Wassalam
1 comment:
gile mncing speedrider ni upeyne..hehe..
dh puas jelajah malaysia cr port yg best brader?
hehe..
Post a Comment